BALIK PULAU – Seorang pembonceng motosikal dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala akibat ditimpa sebiji buah kelapa yang jatuh dari pokok dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini petang semalam.
Kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi menyebabkan wanita yang dipercayai sedang membonceng motosikal bersama anak perempuannya terjatuh lalu tergolek ke tengah jalan.
Semasa itu, dua beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan dari arah Balik Pulau menghala ke Pekan Teluk Kumbar.
Difahamkan, mangsa yang pengsan kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Balik Pulau dengan bantuan ambulan.
Kejadian tersebut turut dirakam menerusi satu rakaman kamera papan kemuka (dashcam) kereta seorang pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE