fbpx

Suami isteri redah asap tebal selamatkan anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa turun remaja perempuan dari tingkat atas sebuah rumah yang terbakar dalam kejadian di Taman Rambai di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri sanggup meredah asap tebal bagi menyelamatkan anak perempuan mereka yang terperangkap dalam kebakaran rumah di Taman Rambai, Alor Mengkudu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, Chew Tat Kim, 45, dan isteri, Ooi Lay Hong, 42, meluru masuk ke dalam rumah untuk membawa keluar anak perempuan, Tracy Chiew Yen Thung, 16, yang berada di tingkat atas rumah.

Kejadian mengakibatkan Lay Hong cedera pada kaki akibat terpijak kaca manakala Tracy mengalami sesak nafas dan mereka dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut.

Menurut Lay Hong, kejadian berlaku ketika dia bersama isteri, Lay Hong dan anak lelaki bongsu keluar bersarapan manakala Tracy tinggal di rumah.

“Saya kemudian menerima panggilan daripada jiran menyatakan rumah terbakar dan kami terus bergegas pulang.

“Sebaik tiba, pihak bomba baru sahaja sampai dan saya bersama isteri terus masuk ke rumah untuk mencari Tracy sebelum menemuinya di tingkat atas sebelum berjaya dibawa turun oleh pihak bomba,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI