fbpx

StatsDW 2.0 bantu kerajaan pulihkan ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Pelancaran StatsDW 2.0 dan Sesi Awareness StatsDW 2.0 di Hotel Everly, Putrajaya, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Gudang Data Statistik atau Statistics Data Warehouse 2.0 (StatsDW 2.0) yang dilancarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini boleh membantu kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi menerusi paparan maklumat statistik terkini dan menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, segala data yang dikumpulkan dan ditafsir oleh DOSM akan digunakan kerajaan bagi pembentukan, pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.

Beliau berkata, revolusi teknologi dan sistem pengurusan data yang efektif itu juga amat relevan dalam proses menggubal dasar di samping dapat memanfaatkan masyarakat dalam meningkatkan literasi statistik.

“Menerusi StatsDW 2.0, data pentadbiran yang berada di bawah seliaan kementerian dan agensi lain akan turut dikumpulkan dan digunakan secara optimum.

“StatsDW 2.0 akan menjadi satu solusi bagi menampung limpahan data dari pelbagai sumber di mana data sebagai komoditi bernilai tinggi dan tersedia di pelbagai agensi,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena majlis pelancaran StatsDW 2.0, di sini hari ini.

Jelasnya, StatsDW 2.0 juga boleh menterjemah isu global seperti sekuriti makanan, kenaikan harga barang dan guna tenaga dalam bentuk statistik seperti Indeks Harga Pengguna, Perangkaan Perdagangan Luar Negeri dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, StatsDW mula dibangunkan pada Oktober 2014 dan telah dilancarkan secara rasminya pada Jun 2016 dimana StatsDW Fasa 1 telah mengubah persekitaran pengurusan, keselamatan dan pengarkiban data di jabatan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI