fbpx

Russia mungkin gagal bayar hutang negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan bank pusat Rusia yang beribu pejabat di Moscow. - AFP

MOSCOW – Kerajaan Russia dilaporkan berkemungkinan gagal untuk membayar hutang buat kali pertama sejak 1998 apabila ia dijangka terlepas tarikh akhir pembayaran faedah berjumlah AS$100 juta (RM440 juta) semalam, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Moscow sebenarnya mempunyai wang untuk membuat pembayaran, namun sekatan yang dikenakan menjadikan agak sukar untuk Rusia melunaskan pembayaran kepada para pemiutang antarabangsa.

Kremlin berkata, ia telah membuat pembayaran kepada bank yang berpangkalan di Belgium, Euroclear, yang kemudiannya akan mengedarkannya kepada pelabur.

Bagaimanapun, wang itu terkandas di situ, kata rangkaian televisyen Bloomberg dan para pemiutang tidak menerima walau sesen wang tunai.

“Para pemiutang belum mendapat wang. Terdapat kemungkinan besar mereka tidak akan mendapat walau sesen pun.

“Jika pembayaran tidak diterima dalam masa 30 hari selepas tarikh akhir, iaitu pada petang Ahad (semalam), ia akan dianggap sebagai gagal membayar,” kata seorang peguam dari Amerika Syarikat, Jay Auslander.

Euroclear tidak menjelaskan sama ada pembayaran tersebut telah disekat, namun mengakui ia mematuhi semua sekatan yang dikenakan

Kremlin sebelum ini bertegas untuk mengelakkan sebarang kegagalan pembayaran sejak 1998 yang telah menjadi tamparan hebat buat negara.

Ia bagaimanapun mungkin ‘merosakkan’ rekod itu selepas sekatan Barat dikenakan susulan pencerobohan ke atas Ukraine. 

Sekatan tersebut telah menghalang akses Russia ke atas jaringan perbankan antarabangsa yang seterusnya akan memproses pembayaran negara itu kepada para pelabur di seluruh dunia.

Kira-kira AS$40 bilion (RM176 bilion) hutang negara Russia adalah dalam mata wang dolar dan euro dengan kira-kira separuh berada di luar negara. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI