fbpx

Ramai buat pembelian panik, bimbang harga naik mendadak lepas 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat sudah mula membuat pembelian panik pada minggu ini ekoran kadar harga barang yang dijangka meningkat mulai 1 Julai nanti.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati kebanyakan individu telah membuat pembelian barang keperluan terutama barang basah seperti ayam, ikan dan sayur.

Lebih mengejutkan, terdapat segelintir pengguna mendakwa bahawa kebanyakan harga barang sudah mula dinaikkan biarpun belum memasuki Julai.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai meluahkan perasaan takut serta tidak dapat membayangkan kadar harga baharu yang akan dilaksanakan selepas ini.

“Bukan sahaja ayam, barang lain pun sudah naik. Minggu lalu beli tepung satu kilogram (kg) RM2.50, tetapi beli hari ini sudah jadi RM2.80. Macam ambil kesempatan pula,” kata Yatie menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Semua barang naik mendadak. Kalau boleh beli, baik beli sekarang. Banyak lagi barang akan nak 1 Julai ini seperti ayam, minyak masak dan tepung. Tak dapat nak bayangkan harga selepas ini,” ujar Izzah Razak.

“Saya selalu beli biskut ini dengan harga RM7 tetapi kelmarin harganya sudah menjadi RM10. Terkejut saya. Mencabar sungguh sekarang ini, belum 1 Julai lagi barang semua dah naik,” seloroh Herlyza.

Terdahulu Kosmo! melaporkan bahawa kenaikan harga barang dijangka meningkat 30 peratus akibat pemansuhan harga kawalan si­ling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol yang tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI