fbpx

Lebuh raya sesak 10km, ramai terliur durian atas pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kesesakan dekat Port Dickson hari ini.

SENAWANG – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Senawang ke Port Dickson sesak hampir 10 kilometer (km) disebabkan kemalangan hari ini.

Menurut laman rasmi Plus Trafik, laluan lorong kanan telah terhalang sejak pukul 10.55 pagi tadi disebabkan kemalangan yang tidak dinyatakan.

Katanya, setakat pukul 11.59 pagi tadi kerja-kerja pengalihan kenderaan terlibat masih dilakukan.

Sementara itu, pengguna lebuh raya yang terperangkap dalam kesesakan meluahkan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen di aplikasi Waze.

“Dapat lihat saja durian atas wildtrax (pikap) ni bang,” kata ‘world_8pnfng50

“Ntah bang Hilux ni belanja lah durian,” katanya world_ir7zn6nz.

“Yang mana bawa durian berhenti tepi jalan dulu, kita makan-makan durian dulu, jem teruk ni,” kata seorang pengguna.

Seorang pengguna ‘liandropotomo’ turut meninggalkan komen “kalau hendak ke tandas macam mana, letih dah tahan ni”. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI