fbpx

Polis Turki berkas 150 peserta perarakan LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunjuk perasaan berdepan dengan polis Turki selepas perarakan Pride diharamkan selama tujuh tahun berturut-turut. - /@kepenekevrimm

ANKARA, Turki – Polis Turki  menahan lebih 150 penunjuk perasaan dalam perarakan melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau Pride di kota raya  Istanbul.

Pejabat gabenor telah melarang perarakan LGBT  diadakan di sekitar Dataran Taksim, pusat bandar Istanbul tetapi penunjuk perasaan terbabit berdegil dan tetap berkumpul di lokasi itu.

Pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International (AI)  menggesa kerajaan Turki membebaskan semua peserta yang ditahan tanpa sebarang syarat.

“Semua mereka ditahan semata-mata kerana menyertai perarakan Pride,” kata aktivis AI, Milena Buyum.

Polis memuatkan mereka ke dalam sebuah bas. 

Beratus-ratus penunjuk perasaan yang membawa bendera pelangi, meneruskan perarakan itu tanpa mempedulikan pasukan polis.

Polis turut menghalang jurugambar media  daripada merakam tangkapan tersebut.

Homoseksualiti dibenarkan sepanjang tempoh republik Turki moden, namun individu LGBT terus menjadi sasaran gangguan dan kecaman.

Istanbul Pride berlangsung setiap tahun sejak 2003. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI