fbpx

Peniaga parah jari tersepit mesin tebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu wanita yang parah selepas tangan kirinya tersepit pada mesin pemerah tebu di sebuah gerai dekat Kampung Sungai Itik, Gopeng, hari ini.- FOTO: IHSAN JBPM PERAK

GOPENG – Seorang wanita cedera parah pada lima jarinya selepas tangan kirinya tersepit pada mesin pemerah tebu di sebuah gerai dekat Kampung Sungai Itik, di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita berusia lingkungan 30-an itu sedang memasukkan tebu ke dalam mesin pemerah tanpa menyedari jarinya hingga ke pergelangan tangan tersepit pada mesin berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Saiful Rizan Sulaiman berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi selepas menerima maklumat pada pukul 2.45 petang.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati tangan mangsa yang tersepit telah pun dikeluarkan oleh orang awam.

“Orang awam telah membuka mesin tebu itu bagi mengeluarkan tangan kiri mangsa. Mangsa yang dalam keadaan kesakitan diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada pukul 2.58 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI