fbpx

Penduduk jangan panik buaya muncul di pintu air – Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya tembaga berkenaan dipercayai telah menyusuri dari Sungai Melaka dan berehat di kawasan itu.

MELAKA – Penduduk di Kampung Gangsa, Durian Tunggal di sini terus diselubungi kebimbangan selepas kemunculan seekor buaya tembaga di pintu air di kawasan itu, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Mohd. Firrdhaus Mahmood ketika dihubungi bagaimanapun berkata, kejadian itu adalah perkara biasa dan tidak perlu ditakuti.

Jelasnya, buaya tembaga berkenaan dipercayai telah menyusuri dari Sungai Melaka dan berehat di kawasan itu yang juga merupakan habitatnya.

“Kejadian buaya tembaga berada di pintu air adalah perkara biasa dan tidak perlu ditakuti, malah kawasan anak-anak sungai juga merupakan habitatnya sejak sekian lama.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihati supaya tidak melakukan sebarang provokasi terhadap reptilia itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Sebelum ini kemunculan buaya tembaga itu tular menerusi dua klip video berdurasi 13 dan 16 saat yang direkodkan oleh penduduk setempat.

Klip tersebut memaparkan seekor buaya tembaga di lihat naik ke kawasan semak di pintu air.

Ujarnya lagi, setakat ini pihaknya juga tidak menerima laporan membabitkan kacau ganggu haiwan itu terhadap penduduk setempat.

“Sehingga petang ini pegawai kami tidak mengesan keberadaan buaya tembaga di kawasan itu.

“Bagaimanapun pemantauan akan terus dilakukan bagi memastikan haiwan tersebut tidak mendekati kawasan penduduk setempat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI