fbpx

Pasangan suami isteri ditahan disyaki edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai barangan termasuk ganja yang dirampas oleh pihak polis dalam serbuan di sebuah rumah di sini semalam.

KUALA PILAH – Sepasang suami isteri ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini dalam serbuan di sebuah rumah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd. Ghani berkata, pasangan suami isteri berusia 64 dan 59 tahun itu ditahan pada pukul 12.15 tengah malam hasil serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah .

“Pemeriksaan di dalam rumah tersebut telah menjumpai dua ketulan mampat disyaki dadah berbahaya jenis ganja dianggaran seberat 923.10 gram.

“Pihak polis juga telah merampas barang untuk sitaan yang dipercayai hasil dari pengedaran dadah jenis ganja itu di sekitar daerah ini termasuk dua buah motosikal, barang kemas 51.2 gram dan wang tunai berjumlah RM490,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amran, pemeriksaan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati positif dadah jenis ganja.

Katanya, kedua-dua suspek direman sehingga 2 Julai depan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952 dan Seksyen 5 (1)(a) ADB 1952. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI