fbpx

Nafi jadi pembuli, agensi Nam Joo-hyuk ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAM JOO-HYUK

MINGGU lalu, peminat dunia hiburan K-drama digemparkan dengan kejutan membabitkan dakwaan isu buli oleh aktor popular Nam Joo-hyuk.

Dalam laporan yang tersebar, pelakon drama Twenty Five Twenty One itu dikatakan pernah menjadi pembuli ketika zaman sekolah selama enam tahun.

Menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang berlegar dalam media sosial, agensi Management SOOP memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu, wartawan dan penerbit yang menyiarkan kandungan laporan tersebut.

Tindakan itu diambil Joo-hyuk pada Jumaat minggu lalu dengan memfailkan laporan bawah Akta Promosi Rangkaian Penggunaan Maklumat dan Komunikasi dan Perlindungan Maklumat terhadap wartawan The Days bernama Min.

Min didakwa merupakan individu yang bertanggungjawab menulis laporan tersebut.

Laporan turut difailkan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif penerbitan tersebut.

“Kami sangat berharap siasatan segera dijalankan demi membongkar kebenaran sekali gus nama baik Nam Joo-hyuk dapat dibersihkan,” kata agensi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI