fbpx

Luahan pembaca: Mohon bas percuma dari Rawang ke Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
perkhidmatan bas Smart Selangor mula diperkenalkan sejak Julai 2015. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Saudara pengarang,

Perkhidmatan bas percuma Smart Selangor yang dilancarkan pada 1 Julai 2015 banyak memberi manfaat terutama kepada golongan yang memerlukan. Tidak terkecuali bagi pelajar kerana tidak perlu lagi bergantung kepada van atau bas sekolah.

Bas percuma yang beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam dengan kekerapan 15 minit itu bagaimanapun tidak dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana, perkhidmatannya terbatas untuk ke stesen-stesen terdekat sahaja.

Misalnya, penduduk dari Rawang yang hendak ke Kuala Lumpur terpaksa merintih kerana ketiadaan bas awam. Semenjak dilanda Covid-19, perkhidmatan bas berbayar yang membawa penumpang ke Kuala Lumpur tidak lagi beroperasi.

Pengguna dari Rawang yang menaiki bas Smart Selangor akan turun di Lotus Rawang. Untuk meneruskan perjalanan ke ibu negara, mereka terpaksa menaiki kereta e-hailing dengan caj RM 50.

Justeru, saya mencadangkan kepada Majlis Perbandaran Selayang supaya mewujudkan bas Smart Selangor ke Selayang Mall.

Apabila penumpang turun di Selayang Mall, mereka boleh menaiki bas Smart Selangor yang sedia ada untuk ke Stesen Keretapi Batu Caves untuk menuju ke Kuala Lumpur. Ini akan memudahkan penduduk.

ABDULLAH SHUIB
Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI