fbpx

Luahan Pembaca: Sesuaikah PRU-15 diadakan pada November ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Saudara pengarang,

Pada 24 Jun 2022, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diadakan segera sekiranya mahu membina kekuatan kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.

PRU-15 juga perlu dilakukan apabila semua pihak bersedia dalam apa juga keadaan yang melanda ketika ini. Ini berbeza dengan pandangan beliau sebelum ini supaya Parlimen tidak dibubarkan sehingga tamat tempohnya.

Namun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap menegaskan sebarang keputusan untuk mengadakan PRU-15 dalam tempoh terdekat adalah pendekatan yang tidak sesuai.

Kebelakangan ini, cakap-cakap politik kedengaran bahawa desakan Parlimen dibubarkan menyebabkan Perdana Menteri dikatakan dalam dilema. Beliau berpandangan PRU-15 sesuai diadakan pada tahun depan memandangkan keadaan ekonomi belum pulih dan inflasi serta kos sara hidup yang tinggi.

Maka kedengaran bahawa cadangan Parlimen akan dibubarkan pada November ini. Untuk itu, Bajet 2023 harus diawalkan pada September ini. Mengikut Takwim Parlimen, Bajet 2023 dijadual dibentangkan pada 28 Oktober ini di Dewan Rakyat dan dijangka diluluskan di peringkat Dewan Negara pada 20 Disember ini.

Jika benar ramalan ini, ia mengingatkan saya mengenai pembubaran Parlimen Ke-9 pada 1999. Berikutan pembubaran itu, PRU-10 diadakan pada November 1999 dan keputusannya menunjukkan peningkatan ketara pada kerusi pembangkang.

Pembubaran itu adalah kali pertama dalam pilihan raya di negara ini dengan PRU pula berlangsung pada hujung tahun.

Malah, Penggal Pertama Parlimen Ke-10 diadakan singkat iaitu 20 hingga 20 Disember 1999 bagi Dewan Rakyat dan 27 hingga 28 Disember bagi Dewan Negara untuk meluluskan bajet interim kerana Bajet 2000 telah luput.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan jika Parlimen ke-14 hendak dibubarkan pada November ini, maka semestinya dipastikan Bajet 2023 telah diluluskan Di Dewan Negara.

Sekiranya Parlimen ke-14 dibubarkan sebelum sempat Bajet 2023 diluluskan di Dewan Negara, maka akan berlaku pembaziran dan pembohongan kepada rakyat. Ini kerana, apa-apa cadangan dalam Bajet itu tidak dapat dilaksanakan melainkan dibentangkan semula selepas PRU-15.

Adakah ini suatu kebaikan dan memberikan suasana ‘feel good’ untuk diadakan PRU? Walaupun pembubaran Parlimen ke-9 itu sebelum Bajet 2000 diluluskan, tidak memberi kesan signifikan kepada keputusan PRU-10, tetapi meningkatkan kemenanganan pembangkang walaupun Barisan Nasional menang dua pertiga pada era Perdana Menteri ke-4.

Suatu Catatan jua
Jenderam Hulu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI