fbpx

Hujan lebat di Putrajaya pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Putrajaya diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.

Beberapa daerah di Selangor turut diramalkan mengalami keadaan cuaca yang sama pagi ini.

Daerah terlibat di Selangor adalah Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala bagi Negeri Sembilan di Port Dickson.

Ramalan cuaca itu dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

“Amaran cuaca itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI