fbpx

Chelsea ada hasrat dapatkan Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dilaporkan agak kecewa dengan prestasi United musim lalu selain pasukan itu masih belum berjaya mendapatkan sebarang pemain pada pasaran perpindahan kali ini. – AFP

LONDON – Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dilaporkan telah mengadakan perbincangan bersama ejen pemain legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo untuk melihat potensi perpindahan pemain berkenaan.

Boehly yang bertindak sebagai pengerusi dan pengarah kelab menggantikan Bruce Buck dan Marina Granovskaia mengambil tanggungjawab untuk mengawal segala kegiatan berkaitan urusan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kali ini.

Pemilik berasal dari Amerika Syarikat itu berpendapat, Chelsea perlu memperbaiki dan menambah kekuatan mereka dalam beberapa aspek terutama di bahagian pertahanan dan serangan untuk mencabar kejuaraan musim depan.

Selepas membuat keputusan membenarkan Romelu Lukaku menyertai Inter Milan dan bersedia melepaskan Timo Werner dan Hakim Ziyech, The Blues percaya mereka perlu mendapatkan pemain baharu untuk mengisi kekosongan berkenaan.

Selain berhasrat untuk mendapatkan Raheem Sterling dan Ousmane Dembele, Boehly percaya kehadiran Ronaldo bukanlah sesuatu yang terlalu mustahil untuk direalisasikan menyebabkan beliau cuba menerokai potensi berkenaan.

Ronaldo dikatakan sudah tawar hati untuk kekal di Old Trafford ekoran prestasi buruk pasukan itu musim lalu, namun sukar untuk mencari pasukan baharu yang mampu melunaskan gaji besar yang diterimanya ketika ini.

Bagaimanapun, Chelsea mungkin tidak berdepan masalah untuk memberikan apa yang diinginkan Ronaldo ketika mereka mendapat suntikan dana yang besar ekoran pengambilalihan pemilikan yang diketuai oleh Boehly.

Laporan menyebut, Boehly telah mengadakan pertemuan dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes minggu lalu dan salah satu topik yang di­bincangkan adalah peluang untuk membawa pemain itu ke Stamford Bridge. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI