fbpx

Billie Eilish mahu anak tapi takut mereka tak dengar kata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILLIE EILISH

PENYANYI dan penulis lirik berbakat besar, Billie Eilish lebih rela mati daripada tidak dikurniakan anak suatu hari nanti.

Memetik laporan Sunday Times Magazine, penyanyi itu berkata, salah satu impiannya dalam hidup adalah untuk bergelar seorang ibu dan memiliki anak.

“Saya ingin merasa jadi seorang ibu. Malah saya sanggup mati jika tidak mempunyai anak,” katanya.

Biarpun begitu, penyanyi berusia 20 tahun itu mengakui berasa ‘takut’ memikirkan tentang kehidupan dan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kelak.

“Semakin berusia, saya selalu terfikir, apa yang saya akan buat jika mereka (anak-anaknya) fikir apa yang dilakukan adalah betul, sedangkan saya kata tidak.

“Mungkin mereka takkan dengar cakap saya,” kata penyanyi lagu Ocean Eyes itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI