fbpx

9 GRO warga Thailand diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara GRO yang ditahan di sebuah pusat hiburan sekitar Jalan Kuchai Lama malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya memberkas sembilan wanita warga Thailand yang disyaki bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) menerusi serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Jalan Kuchai Lama, di sini pada malam tadi.

Serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua JSJ Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan tersebut berjaya menahan 10 individu termasuk sembilan wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO berusia lingkungan 20 hingga 49 tahun.

“Kita turut menahan seorang lelaki yang merupakan penjaga premis berkenaan dipercayai beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

“Selain itu, polis turut merampas resit perniagaan serta peralatan audio,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Habibi, pemeriksaan turut dijalankan ke atas 36 pekerja serta pengunjung di premis terbabit yang berusia lingkungan 22 hingga 58 tahun.

Katanya, kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992, Seksyen 55(b) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI