fbpx

3 perkara menghancurkan hidup seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Elyas tampil mendedahkan tiga perkara yang boleh merosakkan hidup seorang lelaki.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Elyas Ismail tampil mendedahkan tiga perkara yang boleh merosakkan hidup seorang lelaki menerusi video dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

“Tiga perkara yang akan merosakkan hidup seorang lelaki, mahupun suami, mahupun ayah.

“Pertama sekali adalah, apabila dia terlibat dengan soal wanita dia cinta ketiga ke, kayu tiga ke, atau pun curang. Ingat kita ini suami, jangan buat benda tak elok belakang-belakang walau orang tak nampak, Allah nampak,” ujarnya.

Selain itu, beliau memaklumkan perkara kedua adalah berkaitan dengan soal harta dan kuasa.

“Yang keduanya apabila dia terlibat dengan masalah gila kuasa, gila pangkat, nak mengejar kuasa, nak mengejar jawatan dan pangkat, ia juga boleh menghancurkan hidup seorang lelaki mahupun seorang suami.

“Dan yang ketiganya adalah, apabila dia sibuk sangat dengan harta, perniagaannya, mengejar keuntungan dan sebagainya sampai lupakan keluarga, lupakan amalan agama, masa berkualiti dengan keluarga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ustaz Elyas juga mengatakan dalam coretannya, bahawa apa yang dikongsikan itu merupakan peringatan buat dirinya dan juga kaum suami di luar sana.

“Ramai sudah lelaki yang kecundang hidupnya hanya kerana 3 perkara ini, pesanan buat saya juga, moga beringat dan pesan-pesanlah buat suami-suami tersayang kita,” pesannya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan apa yang dikongsikan itu dan menjadikan perkara tersebut sebagai panduan untuk tidak terlupa diri.

“Betul apa ustaz kata, memang ramai suami sekarang ini lebih utamakan kerja dan duit sehingga lupa berikan masa buat keluarga, masa untuk beribadah juga sering diabaikan atau sengaja dilewatkan,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI