fbpx

3 individu diberkas bersama ganja 17.3 kg di kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang melakukan pemeriksaan menerusi Ops Tapis di beberapa PPR sekitar ibu kota.

KUALA LUMPUR – Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan kerana disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah sebelum merampas sebanyak 17.3 (kg) kilogram ganja menerusi Ops Igor yang dijalankan di sebuah kondominium sekitar Kajang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur sekitar pukul 1 hingga 2 pagi.

“Dua lelaki serta seorang wanita berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun ditahan bersama 17.3 kg ganja yang dianggarkan bernilai RM43,200.

“Selain itu, kita turut merampas wang tunai RM4,550, sebuah kereta jenis Honda CRV serta barang kemas bernilai RM15,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM162,750,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat lalu dan disiasat dibawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan sama, Azmi memaklumkan, JSJN Kuala Lumpur bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan (AADKWP) turut menjalankan Ops Tapis menyasarkan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara pada Selasa hingga Khamis lalu.

“Seramai 229 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di PPR Desa Tun Razak, PPR Pantai Dalam, PPR Desa Rejang, PPR Sungai Bonus, PPR Intan Baiduri, Flat Seri Terengganu serta sekitar Chow Kit dan Putrajaya.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 11 individu telah diambil tindakan dibawah undang-undang pencegahan dadah Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985,” jelasnya.

Tambahnya, 21 individu turut diberkas dibawah Seksyen 39(c) ADB 1952 kerana mengambil dadah berulang dan 10 individu lain kerana dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI