fbpx

Todd Boehly arah dapatkan Declan Rice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE sudah menolak dua tawaran daripada West Ham untuk kontrak baharu menyebabkan pasukan itu membuat keputusan segera dan terbaik. – AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan sudah bersedia menghantar bidaan pertama kepada West Ham United dalam usaha untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Declan Rice.

The Blues pada jendela perpindahan sebelum ini sudah mengintai peluang dan menghantar beberapa isyarat bahawa mereka sangat berminat untuk mendapatkan pemain itu, namun West Ham tegas dengan pendirian untuk tidak mengadakan sebarang rundi­ngan mengenai Rice.

Bagaimanapun, Chelsea kali ini tampil de­ngan tawaran yang lebih menarik untuk West Ham apabila turut memasukkan nama dua pemainnya, Ross Barkley dan Armando Broja sebagai sebahagian daripada terma perjanjian selain wang tunai.

Rice yang memiliki baki kontrak selama dua tahun bersama pasukan itu dilaporkan sudah dua kali menolak tawaran untuk perjanjian baharu bersama West Ham yang menjadikannya pemain menerima pendapatan paling tinggi di kelab itu.

Pemain berusia 23 tahun itu membuat 36 penampilan daripada 38 aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu dan menjadi nadi penting pasukan itu untuk mara ke saingan Liga Konferens Europa musim depan.

West Ham dilaporkan masih kekal dengan nilai yang diletakkan sebelum ini iaitu £150 juta (RM809.82 juta) untuk mereka menerima tawaran daripada mana-mana pasukan untuk melepaskan Rice.

Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dikatakan sangat meminati Rice dan mengarahkan pasukan run­dingannya mencari jalan untuk memujuk West Ham melepaskan pemain tersebut pada jendela perpindahan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI