fbpx

RichWorks tak henti sokong usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radz Mohd.

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) terus menyokong bangsa usahawan bagi memastikan bisnes bukan sahaja mampu bertahan, malah terus berkembang dalam tempoh ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, usaha tersebut diterjemahkan melalui program yang diadakan hampir setiap minggu sama ada secara online mahupun offline.

“Pada Sabtu dan Ahad ini, kami anjurkan program Nak Urus Bisnes (NUB) yang ditaja sepenuhnya secara dalam talian.

“Alhamdulillah, lebih 3,000 bangsa usahawan telah mendaftar untuk memperkukuhkan lagi asas bisnes terutama soal pengurusan duit, gaji, cukai, pinjaman dan penetapan harga jualan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Radz menambah, asas bisnes yang betul akan dapat membantu operasi untuk sustain dan seterusnya berkembang lagi.

“Perkongsian diberikan bukan sekadar teori, ia telah terbukti membantu dan diguna pakai ramai usahawan-usahawan dibimbing RichWorks.

“Selain itu, RichWorks adakan sesi Business Evaluation Session & Transformation (BEST) setiap minggu untuk kenal pasti tahap dan cabaran bisnes masing-masing,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, imbas kod QR tertera atau klik https://bit.ly/richworks-bantu untuk menghubungi pasukan RichWorks.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI