KUALA LUMPUR – Kapten Kuala Lumpur (KL) Wildcats, Nordiyanah Noor Sabadinee dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) bagi saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022.
Anugerah itu secara tidak langsung mengubati kekecewaan Nordiyanah selepas gagal membantu KL Wildcats mempertahankan kejuaraan NSL yang dimenangi pada edisi pertama tahun lepas.
Nordiyanah berjaya mencuri tumpuan ramai apabila memberikan prestasi terbaik dengan 32 jaringan buat KL Wildcats biarpun tewas 40-50 kepada juara baharu, Johor Jewels pada aksi final di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi anugerah individu:
ANUGERAH INDIVIDU:
Pemain Paling Berharga (MVP)
NORDIYANAH NOOR SABADINEE (KL WILDCATS)
Penjaring Terbanyak
SITI MAISARAH AFFANDI (PAHANG TULIPS)
Penyerang Terbaik
NUR FARIHA ABDUL RAZAK (JOHOR JEWELS)
Pertahanan Terbaik
GAYANI SAMANTHIKA (JOHOR JEWELS)
Pemain Muda Terbaik
S. PAVITRAH (KL WILDCATS)
KEPUTUSAN AKHIR:
Juara: JOHOR JEWELS
Naib juara: KL WILDCATS
Tempat ketiga: SELANGOR ANGELS
Tempat keempat: PAHANG TULIPS