fbpx

Nikki Palikat, Audi Mok sudah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Nikki Palikat mengesahkan sudah bercerai dengan komposer popular Audi Mok ketika dalam tempoh pandemik baru-baru ini.

Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat, 36, dalam satu temu bual program hiburan memberitahu perceraian tersebut diambil atas persetujuan bersama dan tiada niat untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Kongsinya, walaupun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka masih kekal baik sebagai kawan.

“Bukan senang saya nak cerita tentang perkara ini. Sebenarnya saya sudah bercerai dalam tempoh pandemik.

“Pada waktu itu ada satu kesedaran bahawa lebih baik begini sahaja dan kekal sebagai kawan. Hubungan kami ketika ini lebih baik daripada ketika berkahwin,” katanya.

Tambahnya yang terkenal menerusi lagu Caramu, cerita perceraian tersebut didiamkan daripada umum kerana memerlukan masa untuk menerima takdir hidupnya.

Akuinya lagi, perpisahan yang terjadi juga bukan disebabkan kehadiran orang ketiga antara mereka.

“Saya tak mahu cerita lagi benda ini bukan kerana nak sorok tetapi saya cuma perlukan masa untuk menerima perkara yang sangat menyakitkan.

“Kami bercerai bukan kerana orang ketiga tetapi sedar tiada keserasian. Hubungan kami sebagai kawan sangat bagus,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan itu memberitahu dia bersyukur kerana anaknya, Liam Mok, 11, menerima perceraian ibu bapanya dengan baik.

“Paling saya risaukan ketika itu ialah keadaan anak dan saya cuba juga nak pulihkan rumah tangga.

“Namun, kadang-kadang apa yang diusahakan itu, saya sedar yang lebih baik kekal sebagai kawan. Bila teringatkan anak memang sakit sebab selama ini saya pendam segala kesedihan.

“Akhirnya saya beritahu anak saya sendiri dan dia terima perkara ini. Pada ketika itu saya rasa lega dan perasaan itu saya ingat sampai sekarang,” kongsinya.

Sebagai info, Nikki dan Audi atau nama sebenarnya Audi Mok Chuang Yew mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Liam pada 27 Oktober 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI