fbpx

Netizen puji wanita nyanyi baca lirik braille

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang wanita menyanyi sambil membaca lirik tulisan braille

PETALING JAYA – Seorang wanita menghiburkan orang ramai dengan menyanyi sambil membaca lirik tulisan braille dipercayai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, menarik perhatian netizen.

Video wanita itu sedang menyanyi lagu Harry Styles bertajuk As It Was dirakam oleh seorang pengguna TikTok serta menerima maklum balas positif selain ada yang memuji suaranya.

Berdasarkan keterangan video tersebut, pemilik akaun itu kagum dengan wanita itu membaca lirik tulisan braille dan dia juga berbangga dengannya.

Menjengah ke ruangan komen, seorang netizen memberitahu, dia ingin memberikan wang sebanyak RM50 kepada penyanyi wanita itu.

Seorang lagi netizen pula memberitahu nyanyian wanita tersebut sesuai dengan jiwanya.

“Rasanya dia selalu menyanyi di Bazar Ramadan Pantai Dalam. Tak pun Pasar Jalan Othman dan lagu dia memang kena dengan jiwa saya yang 1990-an,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI