fbpx

Liverpool tidak hargai Sadio Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE memilih menyertai Bayern musim depan selepas memberikan segala-galanya di Liverpool sebelum ini. – AFP

LONDON – Bekas pemain kebangsaan England, Trevor Sinclair mendakwa keputusan Sadio Mane untuk berhijrah ke Bayern Munich adalah disebabkan la­yanan berbeza diterimanya sepanjang berada di Liverpool.

Perpindahan yang bernilai £35 juta (RM188.9 juta) itu menghadir­kan rasa kecewa kepada Jurgen Klopp, selain legenda The Reds, Michael Owen juga cukup terkejut dengan keputusan Mane.

Bagaimanapun, Sinclair langsung tidak terperanjat sambil merasakan bintang antarabangsa Senegal itu langsung tidak dihargai sepanjang bersama Liverpool.

“Perpindahan Sadio Mane sudah dapat diterima oleh semua orang dan dia kini meninggalkan Liverpool sebagai legenda. Namun, saya masih mendengar apa yang diperkatakan oleh peminat dan bekas pemain, tetapi biar saya beritahu kenapa Mane ambil keputusan ini.

“Pertamanya, saya tidak fikir Mane mendapat penghargaan seperti diterima Virgil Van Dijk atau pun Mohamed Salah. Kedua­nya, kelab membiarkan kontraknya berada di tahun ak­hir dan itu menunjukkan apa yang dirasakan oleh Liverpool terhadap Mane.

“Ketiga, saya fikir disebabkan tindakan Klopp memperlekehkan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON). Mane seorang yang berprinsip dan kami lihat dia membeli hospital, sekolah dan kemudahan lain di tempat asalnya,” katanya.

Sepanjang enam tahun di Anfield, Mane yang membuat 269 penampilan merekodkan 120 gol dan 48 bantuan jaringan.

Kelibat Mane bersama Liverpool sentiasa menghadirkan impak penting ketika membantu The Reds menjulang pelbagai trofi termasuk memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Liga Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI