PETALING JAYA – Tular video di aplikasi TikTok berhubung sebuah kereta yang diletakkan berdekatan dengan pintu, sekali gus menghalang pengguna lain yang mahu melalui kawasan tersebut.
Berdasarkan video yang dimuat naik, pemilik akaun itu memberitahu, kenderaan tersebut diletakkan bukan di dalam petak yang disediakan dan ia menyukarkannya untuk ke pejabat.
“Sudah terang-terang ada tanda di pintu, macam mana nak masuk pejabat,” katanya menerusi ruangan komen.
Ekoran itu, netizen turut meninggalkan komen ketidakpuasan hati serta memberikan beberapa cadangan kepada pemilik akaun tersebut yang telah dihalang, namun langkah tersebut dijangka tidak akan menyelesaikan masakah tersebut sebaliknya mengundang isu lain yang lebih besar.-KOSMO! ONLINE