fbpx

KPDNHEP cadang bekalan minyak masak peket bersubsidi ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Kouta tambahan 10,000 tan metrik minyak masak peket bersubsidi dicadang di pasaran bagi mengatasi kekurangan bekalan pada masa ini.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, permohonan tersebut telah dibuat kementeriannya kepada Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Beliau memberitahu, kekurangan itu sudah diramal memandangkan minyak masak bersubsidi berharga RM2.50 tersebut kini menjadi pilihan utama pengguna disebabkan kenaikan harga minyak masak botol.

Tambahnya, ia menyebabkan 60,000 tan metrik minyak masak peket bersubsidi yang telah diperuntukkan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.

“Kita (KPDNHEP) minta lagi tambahan 10,000 metrik tan minyak masak peket untuk mengatasi masalah ini.

“Begitu pun, permohonan tersebut bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan pengguna mengeluh kesukaran untuk mencari minyak masak peket bersubsidi di pasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI