fbpx

Kerani maut, kereta terbabas rempuh pokok sena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terbabas dan melanggar pokok sena

BACHOK – Seorang kerani maut manakala anak perempuannya parah kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas merempuh sebatang pokok sena di Jalan Beris Lalang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Aslina Ismail 46, meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan Bachok manakala anaknya, Nor Aimy Sofea Adeli, 11, cedera parah pada bahagian kepala dan patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta jenis Proton Gen 2 bersama anaknya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Air Deras, Kota Bharu dari Besut, Terengganu.

Menurutnya, siasatan mendapati, kereta yang dipandu Aslina dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.

“Insiden itu menyebabkan dua beranak itu cedera parah sebelum mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok, namun Aslina disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Ismail berkata, siasatan lanjut mendapati, nahas itu berpunca daripada mangsa yang gagal mengawal keretanya sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok sena. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI