fbpx

Johor Jewels juara NSL 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Johor Jewels, An Najwa Azizan (tengah) melakukan jaringan ketika menentang KL Wildcats pada perlawanan akhir NSL 2022 di Stadium Juara hari ini. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Johor Jewels membuktikan mereka sebagai kuasa baharu arena bola jaring tanah air apabila menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Kejayaan itu menepati status Johor Jewels sebagai pasukan pilihan apabila menumbangkan juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats dengan kemenangan 50-40 pada aksi final tersebut.

Kehadiran isteri Pemangku Raja Johor yang juga Penaung Di Raja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam sememangnya memberikan semangat tambahan buat para pemain Johor Jewels.

Ia terbukti apabila anak-anak buah Fazira Mesnan itu memegang sepenuhnya suku masa pertama permainan dengan perbezaan mata yang sangat jauh 17-8.

KAPTEN Johor Jewels, Pow Mei Foong (tengah) turut memainkan peranan penting dalam kejayaan Johor Jewels menjuarai gelaran NSL 2022 selepas menewaskan KL Wildcats pada final di Stadium Juara hari ini. – FARIZ RUSADIO

Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan ketua jurulatih KL Wildcats, Norizan Rajab terpaksa mengubah taktikal bagi menghalang goal shooter berbisa Johor Jewels, An Najwa Azizan terus mendominasi di kawasan D mereka.

Percaturan itu membawa hasil apabila KL Wildcats berjaya merapatkan jurang kepada sembilan jaringan di suku masa kedua sebelum menamatkan suku ketiga dengan keputusan 34-39 sekali gus kembali membuka peluang buat mereka.

Bagaimanapun, pengalaman dan kekuatan dimiliki barisan pemain Johor Jewels yang boleh dikatakan lengkap di setiap posisi menjadi perbezaan utama dengan KL Wildcats dalam suku terakhir permainan.

Biarpun KL Wildcats berjaya memberikan tentangan sengit, namun kemenangan tetap menjadi milik Johor Jewels menerusi jaringan demi jaringan dihasilkan An Najwa untuk menamatkan aksi dengan keputusan 50-40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI