fbpx

Jangka hayat MN di Pulau Pinang bergantung pimpinan pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa (tengah) ketika hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Pekida kali ke-26 di Tasek Gelugor di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Jangka hayat Muafakat Nasional (MN) Pulau Pinang bergantung kepada ‘kata putus’ barisan kepimpinan UMNO dan Pas di peringkat pusat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ketika ini, pihaknya masih kekal ‘bersahabat’ baik dengan Pas dan beliau sendiri masih berhubung dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff.

“Apa yang kita akan buat sekarang adalah tunggu dan lihat dulu macam mana. Tapi, apabila pusat (kepimpinan UMNO dan Pas) buat keputusan nanti, Pas (Pulau Pinang) pastinya akan ikut akan apa keputusan pemimpin depa (mereka) buat.

“Kami (UMNO Pulau Pinang) pun macam tu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kebangsaan kali ke-26 di Pusat Konvensyen Perda, di Tasek Gelugor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Musa berkata, hubungan baik antara UMNO dan Pas khususnya di Pulau Pinang bukan atas dasar politik semata-mata namun lebih kepada kepentingan ummah.

“Kita sebenarnya bukan fikir sangat pasal (kerjasama) politik dengan Pas ni. Soalnya, kita (UMNO dan Pas) sebelum ini dah ‘berperang’ berpuluh tahun dah.

“Tapi hari ini, kita nampak sudah ada ‘kelonggaran’ (dari segi hubungan UMNO dan Pas). Ketegangan pun dah tak ada. Cuma, kalau boleh teruskan (kerjasama), baguslah,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berharap agar Pekida memainkan peranannya dalam menyatupadukan Melayu dan Islam secara keseluruhannya.

“Dalam politik ini, ramai orang Melayu (yang terlibat). Jadi, masing-masing bawa fahaman politik masing-masinglah. Cuma, kita mahu semua bersatu apabila memperjuangkan agenda Melayu dan Islam. Itu saja,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI