fbpx

Hadapi cabaran kenaikan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BARU-BARU ini, saya lihat laporan media tempatan mengenai soal kenaikan harga barang, termasuk kadar inflasi makanan yang dijangka terus meningkat.

Soal krisis ekonomi, kenaikan harga, inflasi dan kekurangan bekalan bahan mentah sudah pun diperkatakan pakar-pakar ekonomi dunia dan saya ingatkan sejak beberapa bulan lalu kepada umum, terutamanya bangsa usahawan yang mengikuti program serta aktiviti RichWorks, termasuk keluaran BANGKIT Usahawan pada 15 Mei lalu.

Suka atau tidak, kita semua perlu berdepan dengannya dan apa lebih penting ialah bagaimana nak menanganinya dengan lebih baik serta bersedia.

Saya selalu sebut bahawa 80 peratus kejayaan datang daripada persediaan. Mereka yang lebih bersedia akan lebih mudah ke depan berbanding orang lain.

Walaupun isu yang dihadapi ketika ini di luar kawalan kita, pasti ada cara untuk menguruskannya agar bisnes tidak begitu terkesan, malah mungkin berkembang lagi.

Fokus kepada apa yang boleh kita kawal berbanding perkara di luar kawalan.

Saya bukan minta anda abaikan perkara di luar kawalan, sebagai usahawan kita perlu tahu soal & cabaran ekonomi, namun apa yang penting adalah persediaan, tindakan dan strategi betul untuk menanganinya.

Situasi dihadapi usahawan akan mencabar, namun tak ada isu bagi mereka yang sudi bekerja keras dengan perubahan strategi dan sebagainya.

Keratan akhbar Kosmo! 15 Mei 2022

5 tindakan penting bangsa usahawan

1. Kenal pasti apa fokus anda sekarang dan strategi perlu dilakukan ketika ini. Tak boleh terus melakukan perkara dan pada tahap yang sama.

2. Kenal pasti perubahan kos untuk atur pelan tindakan seperti mendapatkan sebut harga pembekal lain sebagai persediaan.

3. Pasaran semakin mengecil bila kuasa beli orang mengecil. Mungkin ada keperluan untuk anda berkembang ke pasaran baharu atau lebih besar, seperti di luar negara.

4. Letak lebih usaha kepada pasukan & pelanggan sedia ada. Align dengan pasukan situasi dan keadaan dihadapi syarikat serta terus beri nilai tambah kepada pelanggan sedia anda.

5. Jangan jual produk atau servis, sebaliknya platform untuk pelanggan dapatkan ilmu, pengalaman, networking, engagement dan komuniti yang boleh dipercayai.

Bangsa usahawan kena bekerja lebih keras & bijak untuk dapatkan momentum ketika ini. Jangan tengok pada jualan sekarang, tetapi usaha yang diberikan.

Ingat, bisnes anda akan terus bernilai selagi ia berikan nilai kepada orang lain.

Sementara itu, sekiranya anda nak RichWorks bantu, imbas kod QR tertera.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI