PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah hampir kesemua negeri-negeri di semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
MetMalaysia menerusi laporan di YouTube menjelaskan, hujan lebat hanya melibatkan di persisir pantai di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan barat Johor yang reda menjelang tengah hari ini.
“Selain itu, hujan juga berlaku di sekitar perairan Sabah dan Sarawak pada pagi ini,” katanya hari ini.
Bagi cuaca di sebelah petang pula, MetMalaysia meramalkan ribut petir hampir kesemua negeri-negeri di semenanjung kecuali Pulau Pinang dan ia dijangka berterusan sehingga awal malam.
“Untuk negeri-negeri di pantai timur, ribut petir dijangka berterusan hingga ke lewat malam.
“Sementara itu, ribut petir di Sabah dijangka tertumpu di bahagian barat negeri tersebut manakala, di Sarawak di bahagian pedalaman iaitu dari lewat petang hingga malam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE