fbpx

Bangkit lepas hadir kelas RM30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILIK pameran ZEDYA by Dya Planner di Rawang kini tersedia untuk dikunjungi pelanggan.

SUBANG – “Jangan putuskan jambatan yang membawa kita menyeberang,” itu kata-kata yang memberi kesan kepada Zarina Abdul Aziz.

Menurut Pengasas ZEDYA by Dya Planner Sdn. Bhd. itu, ia nasihat daripada Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sewaktu wanita ini ketika hadir kelas bimbingan RichWorks, dengan yuran RM30.

“Ayat itu melekat dan menyedarkan saya supaya teruskan perniagaan dalam bidang yang saya mahir dan bukan sibuk buat perniagaan lain,” tegasnya.

Sebelum ini, Zarina menjual pakaian dari Vietnam setelah buntu untuk meneruskan perniagaan dalam bidang rekaan dalaman.

“Rasa jual baju macam mudah, sebenarnya tidak kerana bukan minat saya. Malah, kegagalan menjual membuatkan hutang saya bertambah,” ujarnya.

Zarina Abdul Aziz

Pada 2018, Zarina menyertai program mentoring Titanium yang membawa perubahan 360 darjah dalam perniagaan dan kehidupannya.

“Lebih baik saya melabur untuk dapatkan bimbingan berbanding mengalami kerugian yang jauh lebih teruk.

“Persekitaran perniagaan cepat berubah. Contohnya, tingkah laku pembeli sebelum dan selepas pandemik berbeza,” jelasnya.

Pada 2021, syarikat Zarina meraih jualan RM13 juta dan menyasarkan RM30 juta tahun ini.

“Kini kami sudah memiliki kilang kabinet dan bilik pameran di Rawang. Saya gembira dapat menawarkan gaji yang lebih baik kepada kakitangan,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh lawati laman sesawang www.zedya.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI