fbpx

35 tahun jual roti canai harga 70 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akhir menunjukkan roti kosong yang dijual dengan harga 70 sen di gerai Majlis Perbandaran Pontian di Taman Utama, Pekan Nanas, Pontian kelmarin.

PONTIAN – Walaupun berdepan dengan isu kenaikan harga tepung dan minyak masak, seorang peniaga roti canai, Mohd. Akhir Dollah tetap bersyukur apabila dia masih mampu menjual roti canai pada harga 70 sen sekeping sejak 35 tahun lalu.

Mohd. Akhir, 57, berkata, sekalipun ada cadangan rakan-rakannya supaya menaikan harga roti canai kepada RM1 atau RM1.20 sekeping, namun dia enggan berbuat demikian.

Katanya, dia bermula berniaga roti canai di warung hadapan Maybank Pekan Nanas pada tahun 1987, sebelum berpindah ke Gerai Majlis Majlis Daerah Pontian (MDP) pada tahun 2012.

Menurutnya, roti telur pula dijual RM1.50 sekeping, roti sardin (RM2.50), manakala air minuman seperti kopi dan teh RM1 segelas

“Air milo, nescafe pula 1.50 segelas, jika ditambah ais (RM2) dan tea ais dan kopi ais pula RM1.50 segelas,” katanya ketika ditemui di Pekan Nanas di sini.

Dia yang berniaga pada pukul 6.30 pagi hingga 3 petang dan dibantu dengan empat pekerja turut menjual nasi campur sebagai menu tambahan.

“Alhamdulillah, saya masih dapat bertahan walaupun ketika ini berlaku kenaikan harga bara­ngan asas seperti tepung dan mi­nyak masak, namun rezeki saya untuk keluarga seramai 9 orang masih ada.

“Pelanggan yang datang dari pelbagai kaum, bukan sahaja Melayu tetapi orang India dan Cina turut datang membeli termasuk mereka yang bekerja di sektor industri, penjawat awam dan pegawai bank,” jelasnya.

Katanya, pada pada hari-hari biasa, dia mampu menjual 400 keping roti canai bersama penggunaan tepung sebanyak 15 kilogram, manakala hujung minggu sehingga 600 keping atau 25kg tepung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI