fbpx

3 kanak-kanak dikurung setahun dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas sosial dan penduduk bertungkus lumus mengumpil kunci pintu rumah yang menjadi lokasi tiga kanak-kanak dikurung setahun. - Istimewa

JAKARTA – Masyarakat Kota Balikpapan dalam wilayah Kalimantan Timur dikejutkan dengan penemuan tiga orang kanak-kanak perempuan berusia enam, 10 dan 14 tahun yang dikurung di dalam rumah mereka di Perumahan Sosial RT 28, sejak setahun lalu.

Menurut laporan laman KlikKaltim, penduduk kampung beramai-ramai pergi membebaskan tiga kanak-kanak tersebut selepas perkara sebenar diketahui.

Ketika didatangi petugas masyarakat dan penduduk setempat, rumah tersebut berada dalam keadaan terkunci dari luar. Di salah satu bilik tidur, terdapat kunci mangga yang dipasang lebih daripada satu.

Keadaan bilik yang menempatkan kanak-kanak berkenaan juga amat menyayat hati dengan ruangan sempit seperti bilik tahanan.

Ketua kampung, Alpirawan, mengesahkan penemuan tiga kanak-kanak tersebut. Menurutnya, perkara itu terbongkar selepas mereka sudah lama tidak melihat kanak-kanak tersebut bersekolah.

“Pihak sekolah pernah datang bertanya mengenai keadaan tiga kanak-kanak itu kerana tidak pernah datang belajar.

“Mereka juga sudah setahun tidak dilihat keluar rumah atau bermain di kawasan sekitar,” kata Alpirawan.

Menurut Alpirawan, ibu bapa mangsa mendakwa ketiga-tiga anaknya berada di sekolah asrama di Jawa, namun ia tidak dapat mengurangkan rasa curiga lelaki itu.

Justeru, dia memutuskan untuk melaporkan hal tersebut kepada Jabatan Masyarakat Kelurahan Batu Ampar mengenai kemungkinan ada kanak-kanak dikurung di dalam rumah.

Ketika ketiga-tiga mangsa ditemui, mereka berada dalam keadaan tertiarap dan lemah. Wajah mereka juga pucat kerana sudah setahun tidak melihat cahaya matahari.

Menurut Alpirawan, ibu bapa mangsa dikatakan sudah berpisah dan si suami sangat takut pada isterinya malah sudah lama tidur di luar rumah.

Ketiga-tiga kanak-kanak anak tersebut telah dibawa ke Unit Pelaksanaan Teknikal Perkhidmatan (UPTD) Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Balikpapan untuk siasatan lanjut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI