fbpx

Tubuh pusat pengedaran di semua koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH (tengah) ketika mengadakan walkabout di Coop Food UK, Baker’s Street di London kelmarin.

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merancang untuk menubuhkan pusat pengumpulan serta pengedaran sendiri di semua koperasi di negara ini menerusi pengurusan serta pengendalian sepenuhnya tanpa menggunakan orang tengah.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar memberitahu, sebagai langkah pertama, pihaknya akan memastikan setiap penubuhan koperasi di Malaysia akan menggunakan logo yang selaras dan standard.

“Langkah pertama kita ingin selaraskan logo-logo kedai koperasi dan apabila sudah capai standard, baru kita cuba untuk menubuhkan pusat pengedaran kita sendiri.

“Kita juga nak buat pengedaran, kalau boleh pengangkutan kita sendiri dari ladang masuk ke pusat pengumpulan, kemudian masuk ke pusat pengedaran, semuanya kita yang uruskan, jadi tidak lagi menggunakan orang tengah,” katanya ketika menghadiri sesi walkabout dan lawatan di Coop Food UK, Baker’s Street di London kelmarin.

NOH mendengar penerangan mengenai operasi di Coop Food UK, Baker’s Street di London.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron dan Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa, Datuk Abdullah Jusoh.

Lawatan yang dihadiri Noh bersama beberapa pegawai tinggi lain itu bertujuan melihat sendiri operasi Coop Food UK yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan keperluan dan runcit menggunakan kaedah On The Go (ambil dan pergi).

Kedai Coop Food UK itu turut menyediakan perkhidmatan mini cafe shop dengan jenama Coop Ever Ground Coffee yang mana operasi Coop Food UK adalah di dalam Stesen Kereta Api Bawah Tanah UK.

Sistem pembayaran di Coop Food UK juga adalah 100 peratus secara digital dan contactless iaitu dengan kaedah do it yourself.

Dengan jumlah 50 outlet di seluruh UK dan tema ‘a helping hand for you & your community’, Coop Food UK menguasai sebanyak 6.6 peratus pasaran runcit di UK. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI