fbpx

Sri Sukuk beri manfaat kepada Program Sekolah Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pelajar di bawah Program Sekolah Amanah.

PETALING JAYA – Ihsan Sukuk Berhad telah berjaya menebus ‘tranche’ pertama tujuh tahun Sukuk Pelaburan Mapan dan Bertanggungjawab (Sri Sukuk) berjumlah RM100 juta.

Pengerusi Yayasan Amir, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun  Uda berkata, Sri Sukuk yang pertama di Malaysia dilancarkan sejak tujuh tahun lalu  dan hasil daripada sukuk itu telah dimanfaatkan untuk Program Sekolah Amanah (PSA). 

Sekolah Amanah adalah sekolah awam di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan program ini diuruskan bersama oleh Yayasan Amir serta pihak pentadbir sekolah. 

Menurut beliau, sukuk ini membolehkan PSA dilaksanakan dengan jayanya melalui jaminan dana yang mencukupi untuk 30 sekolah terpilih dalam tempoh lima tahun iaitu bermula tahun 2015 sehingga 2020. 

“Pada masa yang sama, Yayasan Amir berjaya mendapatkan penaja-penaja untuk sekolah-sekolah tersebut dan dana penajaan ini digunakan untuk membayar kembali Sri Sukuk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

PSA yang dimulakan pada 2011, kini telah mempunyai 94 rangkaian sekolah di 11 negeri di Malaysia dan fokus utama PSA adalah membina kapasiti dalam kepimpinan dan pengajaran di sekolah, yang akan membawa impak kepada pembelajaran dan pertumbuhan pelajar secara langsung. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI