fbpx

‘Pilot darat’ ambil gambar pemandu wanita dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen dan gambar yang dimuat naik oleh seorang pemandu lori di laman sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu lori atau ‘pilot darat’ mengambil kesempatan menangkap gambar pemandu wanita di jalan raya sesak dikecam orang ramai di laman sosial.

Menerusi perkongsian di laman Twitter CringeMalaysia memaparkan tangkap layar komen seorang lelaki yang berkongsi sebuah gambar yang kurang enak.

Menurut hantarannya, dia pada mulanya menasihati pengguna jalan raya lain agar tidak mudah ‘koyak’ apabila mengharungi kesesakan.

Bagaimanapun, selingan gambar yang dimuat naik bersama hantaran terbabit mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai.

“Jangan cepat koyak bila hadap jem, hati kena kental dan rezeki mata kena kongsi,” katanya di ruangan komen.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki tersebut kerana menganggu privasi individu lain.

“Tengoklah tu, pakaian bertutup pun masih diganggu, tak faham. Setakat itu sahaja pemikiran pemandu lori ni, jenis sekolah tak habis,” kata adhycharmant.

“Itulah gunanya cermin gelap untuk kereta perempuan. Semakin lama semakin menakutkan,” luah seriselasih.

“Jem otak aku. Tak terfikir pula sampai macam ini sekali, walaupun dalam gambar tu pakaian dia tertutup,” ujar nurulain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI