fbpx

Penat kejar trip punca kemalangan penghantar p-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulhelmi (tiga kiri) dan Shawaludin menunjukkan MoU yang ditandatangani itu.

SHAH ALAM – Kepenatan mengejar trip dan kurang kesedaran mengenai tahap keselamatan antara punca utama kemalangan melibatkan penghantar p-hailing di negara ini.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, pemerhatian mendapati antara tiga hingga empat kes kemalangan dicatatkan melibatkan golongan itu setiap minggu.

Katanya, kesedaran keselamatan pekerja perkhidmatan yang menggunakan motosikal itu masih di tahap rendah termasuk di kawasan bandar.

“Rata-rata mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga terlalu kepenatan.

“Keadaan itu mengakibatkan mereka mudah terlibat dalam kemalangan selain kurang kesedaran mengenai langkah keselamatan yang wajar diambil ketika bekerja,” katanya ketika ditemui selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Jelas Zulhelmi, isu kemalangan penghantar p-hailing dianggap membimbangkan dan memerlukan langkah penyelesaian terbaik demi keselamatan serta kebajikan mereka.

“Justeru, kerjasama dengan JKKP dan MSOSH penting bagi meningkatkan pengetahuan terutama langkah keselamatan ketika bekerja terutama menunggang motosikal.

“Langkah seumpama ini akan memberi manfaat kepada lebih 5,000 ahli Penghantar terutama membantu mengurangkan jumlah kes kemalangan jalan raya,” katanya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI