fbpx

Khind tawar pelan ansuran bantu rakyat beli perkakasan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Khind Holdings Berhad (Khind),  pengeluar perkakasan elektrik, telah memperkenalkan skim sewa milik yang pertama di negara ini sebagai usaha untuk membantu masyarakat memiliki rangkaian peralatan rumah dalam keadaan ekonomi yang sukar kini.

Skim yang menyediakan penyelesaian mampu milik itu ditawarkan kepada penduduk di Lembah Klang buat masa sekarang dan bakal berkembang di kawasan lain pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Khind, Adil Jimmy Mistry berkata, melalui perkhidmatan tersebut, pelanggan bakal memiliki produk idaman mereka menerusi pelan ansuran seterusnya pemilikan penuh selepas habis pembayaran ansuran. 

“Langkah memudahkan proses pembayaran menerusi pelan ansuran ini akan membolehkan rakyat mengekalkan gaya hidup mereka dengan menjadikan rangkaian produk mereka lebih mampu dimiliki. 

“Ini adalah sebahagian daripada misi kami untuk memudahkan segalanya bagi pengguna produk Khind.

“Kami ingin memberikan nilai terbaik untuk wang kepada pelanggan, tanpa menjejaskan kualiti, sambil mengikuti trend semasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Adil Jimmy menerangkan, salah satu produk yang paling mendapat sambutan adalah mesin basuh dan pengering Khind yang menjanjikan pengalaman mencuci baju yang menyenangkan dengan pelan ansuran sewa milik selama 36 bulan (RM99 sebulan), 24 bulan (RM139 sebulan) dan 12 bulan (RM259 sebulan), termasuk penghantaran percuma, pemasangan dan tempoh percubaan 30 hari. 

Selepas tempoh pembayaran ansuran dipilih, pelanggan akan memiliki mesin basuh tersebut sepenuhnya, tanpa sebarang bayaran tambahan.

Selain itu, pelanggan yang mendaftar untuk pelan 36 bulan sebelum 30 Jun ini, mereka hanya perlu membayar RM1 untuk bulan pertama, dengan bayaran ansuran bulanan RM99 diteruskan mulai bulan kedua. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI