fbpx

Kerana cemburu pelajar ditekap seterika panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita yang mendakwa anaknya dipukul sekumpulan pelajar senior.

IPOH – Kerana cemburu seorang pelajar tingkatan dua di salah sebuah sekolah menengah di Teluk Intan cedera ditekap seterika panas serta dipukul sekumpulan pelajar senior, khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa dipukul oleh 10 orang pelajar berusia antara 16 hingga 17 tahun di asrama sekolah berkenaan antara pukul 12.30 malam sehingga 1 pagi.

Menurut Mior Faridalathrash siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca selepas mangsa dikatakan berbual dengan salah seorang pelajar wanita yang juga teman wanita kepada salah seorang suspek terlibat.

“Dalam kejadian ini salah seorang suspek telah membawa mangsa ke bilik asrama suspek dan kemudiannya memukul mangsa secara beramai-ramai dan mencederakan mangsa menggunakan seterika panas pada badan mangsa.

“Mangsa kemudiannya telah menghubungi ibunya serta mengadu mengalami sakit di bahagian pinggang dan ibu mangsa kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk menerima lawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata ke semua suspek terlibat telah ditahan pihak polis pada hari sama laporan dibuat oleh keluarga mangsa.

Katanya kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusarab masyarakat serta dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media hari ini melaporkan seorang wanita mendakwa anak lelakinya cedera akibat didera sekumpulan pelajar senior dalam kejadian di sebuah sekolah di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI