fbpx

Justin lakar kejutan tawan Terbuka Croatia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN mencipta nama di pentas antarabangsa selepas merangkul gelaran kedua dalam tempoh seminggu. - BAM

PETALING JAYA – Pemain badminton muda negara, Justin Hoh terus menyinar di pentas antarabangsa apabila melakukan kejutan merangkul kejuaraan Terbuka Croatia kelmarin sejurus menundukkan Nguyen Hai Dang dari Vietnam.

Pemain berusia 18 tahun itu menampilkan kebangkitan luar biasa apabila mengheret perlawanan ke rubber-set sebelum memastikan kemenangan miliknya dengan keputusan 21-15, 16-21,21-18 dalam tempoh satu jam 20 minit.

Lebih manis, ia adalah kemenangan keduanya di pentas antarabangsa selepas menawan Terbuka Bonn di Jerman minggu lalu.

“Akhirnya saya berjaya melakukannya sekali lagi untuk dapat gelaran kedua di sini. Pastinya saya sangat gembira dengan pencapaian ini.

“Bagaimanapun, untuk mencapai kemenangan ini bukan mudah kerana secara keseluruhan saya sudah bermain 19 perlawanan sejak minggu lalu. Malah saya perlu harungi pusingan kelayakan terlebih dahulu untuk kedua-dua kejohanan ini.

“Secara keseluruhan, saya sangat gembira dengan pencapaian ini tetapi masih banyak perkara yang harus saya belajar dan perbaiki dari semasa ke semasa,” kata Justin.

Justin yang mendapat sentuhan emas oleh jurulatih berpengalaman negara, Datuk Misbun Sidek bersedia untuk dikerah habis-habisan dalam usaha untuk menjadi permata baharu negara dalam acara perseorangan lelaki.

“Datuk Misbun Sidek pernah pesan kepada saya, kemenangan ini adalah titik permulaan untuk karier saya dan selepas ini akan melatih saya dengan lebih keras jika mahu capai lebih banyak kejayaan” tambah Justin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI