fbpx

Identiti disalahguna ‘penyamar’, Aedy Ashraf buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Aedy Ashraf berkongsi laporan polis yang telah dibuat di Cyberjaya, kelmarin.

PETALING JAYA – Menyedari identitinya disalahguna untuk tujuan memperdayakan wanita, pelakon Aedy Ashraf membuat satu laporan polis di Balai Polis Cyberjaya agar tidak ada pihak yang menjadi mangsa.

Menerusi keterangan dalam laporan tersebut, aktor berusia 28 tahun itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan taktik digunakan individu tidak dikenali.

“Satu laporan polis telah difailkan berkaitan email yang kononnya dihantar daripada saya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa itu bukanlah alamat emel saya. Saya perlu mengingatkan perkara ini supaya semua orang berhati-hati,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Menurut bintang Gol & Gincu 2 itu lagi, modus operandi penyamar adalah memperdayakan wanita dengan menghubungi mangsa menggunakan email samaran kononnya itu Aedy Ashraf.

Katanya, perkara tersebut hanya diketahui pada minggu lalu sekali gus mendorongnya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pada 18 Jun lalu, semasa berada di Jalan 4, Jalan Chow Sow Lin, saya dapat tahu ada individu tidak dikenali telah menyamar sebagai saya dengan cara menggunakan email samaran [email protected].

“Sekurang-kurang empat wanita yang menerima mesej daripada individu terbabit telah diajak keluar manakala seorang telah memberikan alamatnya kepada lelaki itu,” katanya.

Aedy yang aktif dalam dunia hiburan sejak kanak-kanak turut menyatakan laporan polis itu juga dibuat kerana bimbang maklumat berkaitan dirinya disalahguna pihak tidak bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI