fbpx

Harga siling ayam ditentukan Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat khas isu bekalan ayam bersama KPDNHEP, MOF dan pemain-pemain industri penternakan ayam hari ini.

PUTRAJAYA – Harga siling baharu ayam dan kadar subsidi akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara yang akan bersidang pada Isnin ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, penetapan harga siling baharu itu juga akan diselaraskan mengambil kira bantuan tunai tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Pembayaran tuntutan subsidi ayam kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari juga telah dipermudahkan dan sedang berjalan lancar. Setakat ini, sebanyak 4,041 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM262 juta telah diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa dan akan terus memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ronald hari ini telah mempengerusikan mesyuarat khas isu bekalan ayam bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kementerian Kewangan (MOF) dan pemain-pemain industri penternakan ayam.

Menurut beliau, menerusi mesyuarat itu, pelbagai isu berbangkit berkenaan bekalan dan harga pasaran ayam telah dibincang dan diperincikan selain mengambil maklum semua pandangan dan saranan pihak industri susulan keputusan kerajaan supaya harga ayam di pasaran tidak diapungkan.

“Keputusan ini pembatalan pengapungan) dibuat demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia supaya bekalan ayam terus diperolehi dengan harga kawalan yang berpatutan.

“Kerajaan terus memantau bekalan ayam di pasaran yang kekal stabil minggu ketiga Jun dan mencukupi untuk menampung permintaan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI