fbpx

1,000 kambing habis ditempah untuk raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUAR melihat sebahagian kambing peliharaan yang diletakkan berhampiran rumahnya di Kampung Macang Lada, Marang semalam.

MARANG – Seorang penternak tidak menyangka akan memperoleh limpahan rezeki apabila 1,000 ekor kambing peliharaannya telah ditempah bagi ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Anuar Abd. Latiff, 57, berkata, tempahan itu meningkat sekali ganda berbanding cuma 500 ekor kambing yang berjaya dijual pada tahun lalu.

“Sebahagian daripada 1,000 kambing baka campuran boer ini dibawa masuk dari Myanmar dan Thailand bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Kesemua haiwan ternakan tersebut ditempatkan di tiga kandang di Kampung Macang Lada, Kampung Pujuk, Manir, Kuala Terengganu dan Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Anuar yang menternak kam­bing sejak sembilan lalu berkata, kesemua kambing tersebut dijual pada harga antara RM600 dan RM1,350 seekor.

Jelasnya, dia juga menawarkan harga yang lebih murah kepada mana-mana pihak termasuk organisasi yang membeli kambingnya untuk tujuan ibadah korban dan akikah dalam kuantiti banyak.

“Sebanyak 300 ekor kam­bing akan disembelih di kandang mengikut permintaan pelanggan dan selebihnya diurus sendiri pembeli di kawasan masing-ma­sing.

“Peralihan ke fasa endemik membuatkan sambutan terhadap kambing bagi ibadah korban dan akikah amat memberansangkan berbanding sewaktu pandemik tahun lalu,” katanya.

Anuar berkata, selain dedak, kesemua kambing peliharaannya memakan rumput napier yang ditanam sendiri di tanah seluas 0.5 hektar.

Beliau yang dibantu enam pekerja berkata, kebiasaannya sekurang-kurangnya 100 ekor kambing peliharaannya dijual secara hidup, siap disembelih atau dimasak di luar musim perayaan Hari Raya Aidiladha. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI