fbpx

10.8 juta graduan China hadapi masa depan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Impak pandemik Covid-19 dan perintah berkurung telah menjejaskan sektor ekonomi China hingga peluang pekerjaan semakin sukar didapati. - AFP

BEIJING – Seramai 10.8 juta lepasan universiti di China berdepan masa depan sukar termasuk pasaran kerja yang malap dan kemelesetan ekonomi pasca pandemik Covid-19, lapor laman berita Wionews kelmarin.

Sebagai perbandingan, bila­ngan bakal graduan tersebut adalah lebih ramai daripada po­pulasi negara Portugal, manakala kesemua mereka akan memasuki pasaran kerja domestik yang ketika ini, disifatkan antara paling buruk dalam tempoh beberapa dekad.

Pengangguran belia di China pula mencatat angka tertinggi. 

Akhbar Business Standard memetik Merrill Lynch daripada Bank of America sebagai menyatakan bahawa pada Mei lalu, kadar pengangguran belia bandar mencecah 18.4 peratus sekali gus rekod baharu di China.

Angka itu boleh mencapai 23 peratus semasa musim tamat pengajian menjelang Julai ini.

Wabak Covid-19 dan perintah berkurung ketat memburukkan lagi ekonomi China yang me­nguncup disebabkan kejatuhan pasaran hartanah, ketegangan geopolitik dan tindakan kawal selia ke atas teknologi, pendidikan dan sektor lain.

Menurut seorang profesor kewangan di Universiti Peking, Michael Pettis, kontrak sosial antara pemerintah dan rakyat adalah ‘anda menjauhi politik dan kami (pemerintah) akan menjamin hidup anda akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya’.

“Jadi, kebimbangannya adalah apabila jaminan tersebut lenyap, apa lagi yang akan berubah?” kata Pettis.

Perdana Menteri, Li Keqiang berkata, objektif utama peme­rintah ketika ini adalah untuk menstabilkan pasaran kerja bagi graduan.

Sebagai insentif, syarikat yang menawarkan jawatan dan latihan industri kepada graduan akan menerima subsidi sebagai tambahan kepada faedah lain. Langkah tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengambilan pekerja secara ke­seluruhan.

Sektor teknologi menjadi majikan penting bagi ramai graduan China tetapi tahun ini, industri itu mengurangkan tenaga kerja­nya secara besar-besaran.

Tindakan keras kawal selia mendorong banyak gergasi teknologi China termasuk Tencent dan Alibaba membuang pekerja secara besar-besaran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI