fbpx

Selangor jumpa Pahang final B16 Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR berjaya menewaskan Perak 2-0 pada aksi separuh akhir Kejohanan B16 Kebangsaan di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Selangor mara ke pentas final Kejohanan Hoki Bawah 16 tahun (B16) Kebangsaan selepas menewaskan juara bertahan, Perak 2-0 pada separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan itu secara tidak langsung berjaya menebus kekecewaan Selangor yang pernah dimalukan Perak 0-5 sewaktu final edisi terakhir kejohanan pada tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Selangor yang kini dibimbing bekas penyerang berpengalaman skuad kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil tidak diberikan laluan mudah oleh Perak sepanjang aksi itu.

Selangor terpaksa menunggu sehingga lewat permainan untuk meledak dua gol padang menerusi Mohamad Syazwan Mohd. Shamsul dan Muhammad Syairiel Shah Mohd. Shahrul pada minit ke-53 serta 58.

DANISH IRFAN (tengah) meledak dua gol buat Pahang menewaskan Negeri Sembilan 4-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. – MHC

Lawan Selangor pada final di Stadium Hoki Nasional malam esok adalah Pahang yang mengesahkan kemaraan selepas membelasah Negeri Sembilan 4-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pahang yang dibimbing Mohd. Sufian Mohamad meraih empat gol menerusi dua jaringan Muhammad Danish Irfan Muhammad Saufi dan satu daripada Muhammad Hakeem Danish Fadhlur Rahman serta Shafiq Ammar Fahmi Suzaini.

Sementara itu, final bagi kategori wanita yang akan berlangsung petang esok menyaksikan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Negeri Sembilan menewaskan Melaka 3-1, manakala Pulau Pinang berpesta gol membelasah Perak 6-0 dalam dua aksi separuh akhir kategori wanita di Stadium Hoki Nasional petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI