fbpx

Sedia timbang permohonan peniaga naikkan harga makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. Mogan (tengah) menunjukkan bekalan minyak masak paket bersubsidi yang dijual di sebuah pasar raya di Seberang Jaya, hari ini

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang bersedia menimbang permohonan beberapa peniaga yang meminta kebenaran menaikkan harga jualan makanan dan minuman di premis masing-masing.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, A. Mogan berkata, kebanyakan peniaga yang memohon untuk tujuan itu mendakwa harga bahan mentah yang diterima sentiasa berubah daripada pembekal sehingga memberikan tekanan terhadap perniagaan mereka secara tidak langsung.

“Hasil pemantauan mendapati, rata-rata pemilik premis perniagaan khususnya yang melibatkan makanan ini masih mengekalkan harga asal walaupun tidak dapat dinafikan ada sesetengah premis yang memohon kebenaran ini (untuk menaikkan harga).

“Bagaimanapun, kita nasihatkan peniaga-peniaga ini untuk mengekalkan terlebih dahulu harga mereka dan jika hendak naikkan juga harga itu maka, kita akan benarkan dengan syarat, ia (kenaikan harga itu) munasabah,” katanya.
selepas mengetuai pemeriksaan tanda harga dan bekalan barangan keperluan di sebuah pasar raya di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mogan berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan hari ini, bekalan barangan keperluan harian seperti minyak masak botol, ayam dan telur ayam didapati masih mencukupi.

Bagaimanapun katanya, seorang peniaga yang menjual manisan terpaksa dikenakan tindakan selepas gagal mempamerkan tanda harga untuk produk makanannya.

Selain itu katanya, peniaga terbabit juga dikesan menggunakan penimbang kuih yang tidak disahtentu dan digazetkan untuk tujuan perniagaan di bawah Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

Dalam pada itu, Mogan memberitahu, pihaknya telah membuka sebanyak 476 kes atau kertas siasatan daripada keseluruhan 673 aduan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan setakat ini.

Kata beliau, aduan-aduan tersebut datangnya hasil 28,993 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negeri iaitu antara 1 Januari lalu hingga semalam dan nilai kompaun keseluruhan sepanjang tempoh tersebut adalah RM73,300. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI