fbpx

Sadio Mane akui sukar tolak tawaran Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE sah menjadi pemain baharu Bayern selepas melengkapkan perpindahan dari Liverpool awal pagi semalam. - TWITTER BAYERN MUNICH

MUNICH – Penyerang baharu Bayern Munich, Sadio Mane mengakui tidak perlu fikir ‘dua kali’ untuk menerima tawaran kelab gergasi Bundesliga itu yang boleh melonjakkan lagi kariernya selepas melengkapkan perpindahan secara rasmi dari pasukan Liverpool awal pagi semalam.

Sebagai rekod, pemain antara­bangsa Senegal itu telah me­nyertai kelab The Bavaria de­ngan nilai perpindahan seba­nyak £35.1 (RM189 juta) selepas hampir enam tahun berbakti bersama skuad The Reds kendalian Jurgen Klopp.

Kata Mane, keputusan untuk angkat kaki ke Bayern sangat mudah untuk dilakukan dengan perbincangan yang dilakukan bersama ketua jurulatih, Julian Nagelsmann sebelum ini juga cukup positif.

“Saya memilih Bayern ke­rana mereka telah menunjukkan minat yang tinggi serta begitu serius untuk menandatangani khidmat saya pada jendela perpindahan kali ini. Malah, saya juga telah dihubungi oleh jurulatih sebelum ini.

“Selepas menerima tawaran daripada pihak pengurusan, saya berbincang dengan ejen peribadi dan inilah projek terbaik untuk meningkatkan lagi karier bola sepak saya ke tahap yang lebih tinggi.

“Sudah tentu saya berazam untuk membantu pasukan menjuarai lebih banyak trofi musim depan kerana saya boleh rasakan keserasian boleh dicipta bersama pasukan. Harap saya tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain nanti.

“Apa yang pasti, masa saya bersama Liverpool sudah ber­akhir dan saya sudah membantu pasukan itu menjuarai semua trofi yang ada. Sekarang adalah masa untuk pandang ke depan,” katanya yang menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan.

Difahamkan, Mane yang kini berusia 30 tahun akan menerima gaji sebanyak £250,000 (RM1.1 juta) seminggu bersama Bayern dengan kontrak sehingga 2025.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI