fbpx

Penunggang motosikal maut tercampak, dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN melibatkan sebuah motosikal, lori dan kereta di Jalan Nilai-Salak berhadapan Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Manaf, Nilai. FOTO : IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut apabila tercampak dan dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Nilai-Salak berhadapan Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Manaf, Nilai di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superitendan Mat Ghani Lateh berkata, kemalangan pada pukul 12.15 tengah hari melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah motosikal, lori dan kereta.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa iaitu seorang lelaki berusia 19 tahun dari arah Pekan Nilai cuba memotong sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 31 tahun.

“Kemudian motosikal itu bergesel dengan sebuah kenderaan jenis tidak pasti dari arah bertentangan lalu terjatuh dan motosikal itu dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 26 tahun manakala penunggang motosikal tersebut (mangsa) telah tercampak dan dilanggar oleh lori yang cuba dipotong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mat Ghani berkata, akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori dan kereta yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI